Karpet Needle Punch dan Super Ribbed: Pilihan Praktikal untuk Majlis

Kalau anda pernah pergi ke pameran besar seperti MATTA Fair, majlis perkahwinan, atau event dalam mall, mesti perasan ada karpet nipis tetapi kemas yang menutupi lantai. Karpet itu sebenarnya ialah karpet needle punch, salah satu jenis karpet paling popular untuk event dan majlis rasmi.

Artikel ini akan terangkan jenis-jenis karpet event, kelebihan, serta kenapa karpet needle punch jadi pilihan utama ramai penganjur.

Apa Itu Karpet Needle Punch?

  • Karpet needle punch ialah karpet ringan, nipis, dan senang dipasang.
  • Selalunya digunakan untuk majlis perkahwinan, booth pameran, laluan VIP, dekorasi pelamin, serta event dalam dewan atau mall.
  • Hadir dalam pelbagai warna – merah, biru, hitam, kelabu, putih dan lain-lain, sesuai ikut tema event.

Selain needle punch, ada juga jenis lain yang kerap digunakan:

Karpet VOC – pilihan mesra alam, sesuai untuk ruang tertutup.

Karpet Super Ribbed – ada tekstur jalur, nampak lebih premium.

Kelebihan Karpet Needle Punch untuk Event

✔️ Mudah dipasang & dibuka – hanya bentang dan tampal, sesuai untuk event jangka pendek.
✔️ Ringan & praktikal – senang dialihkan ke mana-mana lokasi.
✔️ Kos berpatutan – lebih murah berbanding karpet tebal atau permanent.
✔️ Mudah didapati – stok sentiasa ada di supplier karpet event.
✔️ Serbaguna – sesuai untuk pelbagai jenis majlis, dari pameran korporat hingga kenduri kahwin.

Situasi di Mana Karpet Needle Punch Digunakan

  • Event pameran & expo (contoh: MATTA Fair, Home Expo, Furniture Fair)
  • Majlis perkahwinan (laluan pengantin, pelamin, ruang makan tetamu VIP)
  • Event dalam mall (pertunjukan fesyen, roadshow, launching produk)
  • Majlis rasmi & korporat (laluan merah, pentas ucapan, backdrop)

Kenapa Pilih Supplier Karpet yang Betul?

Tak semua supplier sediakan karpet yang sama kualiti. Bila pilih pembekal, pastikan:

  • Ada pilihan warna & jenis lengkap.
  • Menyediakan harga borong / murah untuk event besar.
  • Servis pantas & stok sedia supaya tidak ganggu persediaan majlis.